Bagaimana Cikgu Shahirah bermula?

Setiap perjalanan hidup seseorang pasti bermula dengan sesuatu. Sama ada ia diinspirasikan dari satu kesukaran atau satu peluang atau satu kebetulan. Kisah saya bermula dari satu peluang dan satu kebetulan =)

Selepas berkahwin Disember 2008, suami minta saya berhenti kerja plus kami akan transfer ke Johor. Saya pulak da mengandung bunting pelamin hihi kiranya its a bonus for me sebab takyah suka fikir pasal nak masuk kerja semua. Plus memang alahan sangat teruk dalam 3 bulan pertama dengan loya, muntah di mana sahaja, tak boleh naik kereta, tak boleh bau minyak goreng. Jadi pekerjaan terakhir saya 6 tahun lepas adalah Pegawai Sains C41 di Akademi Sains Malaysia.

Selepasnya bermulalah episod mengandung dan melahirkan secara normal seorang putera diberi nama Muhammad Aidil Hakim pada 18 Ramadhan 1403H bersamaan 8 September 2009. Sejak itu saya memang banyak meluangkan masa bersama anak di rumah. Sangat teruja sebab saya dapat melihat setiap perkembangannya di depan mata dan dengan bangganya dapat fully breastfeed anak ini hingga 2 tahun tanpa sebarang masalah Alhamdulillah. Dan memang betul, anak yang fully breastfeed ni tahap perkembangannya sangat baik dan tak mudah sakit. Alhamdulillah nikmat dan peluang yang diberikan tak disia-siakan.

Aidil masa umur 2 tahun lebih. tiap-tiap petang bawa ke playground.

Aidil masa umur 2 tahun lebih. tiap-tiap petang bawa ke playground.

Setelah 3 tahun anak da agak besar, saya mula mencari peluang untuk kembali aktif. Memula ingat nak sambung Master tapi banyak juga halangannya. Bisnes online tiada dalam list masa tu. Saya banyak berbincang berkongsi perasaan dengan suami dan dia cadangkan buat bisnes online. Masa tu fikir..bisnes? tak pernah buat bisnes dan family is not business-oriented, camno nak mula? Apa nak jual? Dan saya masih tak mulakan langkah nak berbisnes juga masa tu.

Sampai satu masa, kami ke Tesco Kulai. Memang ini tempat persinggahan utama setiap hujung minggu memandangkan jarak dari rumah Bandar Tenggara hanya dalam 15 minit sahaja. Ada satu kedai yang jual Wording T-shirt dan romper untuk anak lelaki. Harganya hanya dalam RM10 hingga RM15 sahaja. Kami memang suka beli baju tersebut untuk Aidil sebab kainnya cotton, lembut dan sangat cantik plus of course harganya murah. Dan juga memang agak sukar nak cari baju anak lelaki ni, betul tak?

Jadi tiba masa Allah rancang yang terbaik. Suami yang mula kata..apa kata jual Wording t-shirt dan romper ni? Kainnya pun sedap pakai. Saya pun balas…boleh ke nak tanya orang kedai tu kat mana dia dapat stok tu. Suami kata…cubalah tanya. Saya dengan tak fikir panjang, terus ke kedai tersebut dan tanya. Penjaga kedai tu hanya staff sahaja tapi takda pulak dia reject pertanyaan saya. Dia cerita stok ni ambil dari Indonesia. Dia bagi no telefon boss dia. Allah…dalam hati senangnya. Selalu dengar orang kata, tak boleh tanya begitu sebab orang takkan beritahu tapi yang ni..masyaAllah…speechless..eh belum habis lagi hihi

Sampai je rumah saya terus kol boss dia. And again, boss dia pulak tak kedekut juga info. Lupa dah namanya. Dia bagi pulak supplier stok yang tinggal di Skudai. Sejak itu mulalah pencarian stok ni dan mulalah saya berbisnes online. Ketika ini suami banyak bantu. Dia ajar saya, jangan beli stok dulu. Kita test market dulu. Kami mulakan dengan teaser di wall group FB. Mula dengan romper yang wordingnya – I love breastfeed. Ni memang main redah masuk group Kumpulan Ibu Menyusukan. Masa tu group ni benarkan iklan mulanya..saya up 1 post dan ramai yang nak beli.

Beritahu suami, suami kata ok da boleh beli stok. Hujung minggu ke kedai supplier tu dan rupanya supplier tu juga yang produce stok tshirt dan romper ni di kilang sebelahnya. Memang banyak stoknya dan memang dia selalu update di blognya. Di situ kami refer stok yang ada setiap minggu. Tapi nak katanya jahil memang jahil. Disebabkan saya berbisnes bukan niat untuk untung, hanya niat untuk mengisi masa lapang sebab da 3 tahun terperap ke skill-skill yang saya ada. Saya jual hanya dnegan untung RM2 sahaja. Memang below market price. As usual, suami adalah advisor saya, beritahu tak boleh begini sebab nanti ada orang marah. Tapi saya redah juga sebab tak faham kan..as time goes by, bab pos mengepos memang suami yang buat. Setiap hari sekotak order. Saya da mula terasa penat dan penatnya ni tak berbaloi dengan hasil yang ada. Maka bermulalah pula kisah saya kembara mencari ilmu bisnes online…

Ya, saya banyak tips untuk para sohomums yang nak mula belajar bisnes online ni with zero modal. Apa yang kita perlu ada? Apa yang kita kene rancang? Apa strategi kita? Saya nak kongsikan di sini berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya timba selama ini. Sebab saya tahu dan saya faham sebab saya pernah dalam keadaan seperti anda juga. Plus saya bukan dalam line marketing study, belajar memang fully Sains, zero knowledge bab bisnes even nak jual keropok ke gula-gula masa sekolah pun tak pernah. Beli je kerjanya. Jadi bagaimana orang seperti saya boleh berbisnes?

Nantikan perkongsian seterusnya.

Kita akan masuk part tips-tips memulakan bisnes online from Zero to Hero. Tunggu…^_^

With love
Cikgu Shahirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge