Tips Mula Bisnes Online #1: Pilihan Niche Bisnes

Tips Bisnes OnlineBila seseorang da decide nak berhenti kerja, tak kisah masa sekarang atau akan datang. Tak kisah da sediakan surat berhenti kerja atau belum. Pastinya akan  terlintas soalan begini dan mula mencari-cari jawapan….camna nak mula? Apa nak jual? Camna nak jual? Apa perkara pertama perlu dilakukan?

Soalan-soalan ini biasa ditanya oleh rakan-rakan yang da mula decide untuk berhenti kerja. Jadi saya dengan lapang hati nak kongsi kepada semua apakah perkara yang perlu dilakukan bila anda da mula decide untuk berbisnes full time atau part time.

Tips 1: Pilih niche atau kategori bisnes yang betul

Niche bermaksud kategori. Pemilihan niche bisnes ini penting supaya anda dapat fokus kepada bidang bisnes yang anda ceburi. Jadi takkan jadi kes lompat-lompat bisnes. Yang ni tak jadi, tukar…da tukar tak jadi lagi, tukar. Bila ini berlaku pada anda ia takkan bawa kita ke mana-mana.

Kenapa fokus pada niche penting? Sebab bila fokus momentum bisnes anda akan lebih teratur. Kita akan kaji niche tersebut, sediakan bisnes model canvas (BMC), kajian prospek, kajian market dan sebagainya. Bila da buat semua kajian kita da boleh merancang plan marketing yang sesuai dan seterusnya hala tuju kita hanya akan menjurus kepada niche bisnes tersebut sahaja. Kita hanya tumpukan sepenuh perhatian dan usaha kita ke arah perancangan tersebut sehingga berjaya dan akhirnya kita berjaya bina branding diri dan bisnes kita sendiri.

Ini yang kita panggil Positioning. Contoh nak bagi mudah faham. Bila orang dengar je kurma Yusuf Taiyoob, apa yang kita akan teringat? Ya..trademarknya Yusuf Taiyoob dalam keadaan berbisik tu…boleh buat tak haha…Dan kita tahu Yusuf Taiyoob jual pelbagai jenis kurma. Core produknya adalah kurma. Inilah yang kita nak. Orang kenal kita melalui branding yang kita cipta. Kita hanya akan cipta fenomena ini bila kita fokus pada niche pilihan kita.

Bagaimana nak pilih niche?

Ha part ni saya nak masuk kepada pengalaman saya awal-awal masuk dunia bisnes online. Saya faham kita akan keliru kita nak pilih produk apa. Produk dan niche lain ya. Kita kena tentukan niche dulu baru pilih produk yang ingin dijual berdasarkan niche yang kita pilih.

Peringkat awal saya selami diri saya saya suka niche apa. Ada banyak niche dalam pasaran contoh niche kecantikan, niche kesihatan, niche pakaian, niche barangan keperluan, niche makanan dan lain-lain. Sebab ada banyak camni saya kene buat testing pada diri saya. Apa saya buat? Saya jual semua jenis produk dalam niche yang saya rasa saya suka. Sangat penting untuk pilih yang serasi dengan jiwa supaya kita seronok buat benda yang kita suka. Bak kata omputih Love What You Do and Do What You Love….ok?

Jadi masa tu saya ada 4 niche – Niche produk bayi dan kanak-kanak, niche produk kesihatan makanan sunnah & niche produk keperluan dapur & niche barangan wanita. Dan saya mulakan platform saya di Facebook. Maka saya ada 5 fanpage iaitu Corelle & Coach US, Aidil BabyKids Shoppe, Aidil Islamic Products dan Aidil e-Shoppe.

Saya test semua niche ini dan saya tetapkan diri saya untuk tentukan niche apa yang saya nak pilih dan fokus dalama masa 3 bulan. Jadi apa saya buat dalam 3 bulan? Saya kaji semua niche ini dari segi pemahaman tentang produk jualan, targetted prospek, skill komunikasi dengan pelanggan dan supplier, mengenalpasti supplier yang sesuai dan cara marketing yang betul. Saya tak belajar sorang-sorang langgar dinding tapi saya banyak belajar dari kelas-kelas yang kebanyakan supplier sediakan. Nanti kita akan masuk tips pemilihan supplier.

Setelah 3 bulan baru saya tentukan jiwa saya cenderung ke niche yang mana. Disebabkan masa tu saya ada anak seorang dan saya memang suka budak-budak, maka jiwa saya lebih ke niche produk bayi dan kanak-kanak. Nak dapat feeling niche ni pun kita kene ada ilmu. Ilmu berkaitan pendidikan bayi dan kanak-kanak baru kita boleh relatekan dengan niche bisnes yang kita pilih. Alhamdullah sehingga kini niche produk bayi dan kanak-kanak masih menjadi core niche bisnes saya. Walaupun produk yang saya jual berbeza mengikut keadaan semasa (saya akan huraikan part ni dalam entry akan datang) tapi saya masih dalam niche yang saya pilih.

Maka lahirlah Aidil Islamic Products atau AIP. Sehingga kini da masuk 4 tahun. Saya membantu ibu bapa membekalkan produk pendidikan islamik untuk anak-anak dari bayi hingga 5 tahun. Jadi apa yang saya fokus selama ini? Niche produk kanak-kanak dari bayi hingga 5 tahun. Ini yang saya suka dan saya minat dan inilah yang menginspirasikan saya untuk terus kekal dalam niche ini hingga sekarang.

Penentuan niche pilihan dalam 3 bulan ini amat penting untuk kesinambungan perancangan  bisnes kita seterusnya. Planning jangkasa pendek dan jangka masa panjang akan mempengaruhi keberjayaan kita dalam niche bisnes yang kita ceburi.

Apapun, terpulang pada perancangan masing-masing. Nak buat dalam 3 bulan atau kurang atau lebih dari itu. Apa yang penting pilihan perlu serasi dengan jiwa and be focus.

Inilah pengalaman saya yang sekecil ini harapnya bermanfaat pada yang membaca. Jika ada soalan berkaitan tips ni boleh komen di bawah ya. Sama-sama kita kongsi. Jumpa di next entri ya 🙂

 

 

 

 

CikguShahirah.com. Seorang surirumah sepenuh masa. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki. Menjalankan bisnes online sejak 2011 hingga kini. Sejak 2014 mula membantu golongan sohomums dalam fb marketing. Kini digelar Cikgu Shahirah - Trainer FB Startup Wanita.

Tagged with: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge