Da boleh tukar nama fanpage?

Apa? Da boleh tukar nama?

Apa? Da boleh tukar nama?

Ramai orang ada masalah bila da lama uruskan fanpage, tetiba rasa nak tukar nama fanpage. Mungkin nama tak serasi. Up status camna pun orang tak nak like page apatah lagi engage di post kita. Kecewa kan? Atau mungkin da jumpa nama yang sesuai. Jadi rasa nak tukar.

Kalau sebelum ini, syarat nak tukar nama fanpage hanya dibolehkan untuk fanpage yang mempunyai likers bawah 200 sahaja dibenarkan. Lebih dari 200 likes tak boleh tukar dah nama fanpage. Satu lagi untuk username juga. Nak tukar username hanya untuk 2 kali sahaja. Selepas 2 kali username yang dibuat kali terakhir itu akan kekal selamanya. Dan username yang terbaik adalah username yang sama dengan nama fanpage.

TAPI SEKARANG TAK PERLU RISAU LAGI…DAH BOLEH TUKAR NAMA FANPAGE

Sejak dua minggu ini terutama masa Raya aritu, saya dapati pihak FB da mula longgarkan syarat ini. Ya, da boleh tukar nama fanpage. Saya da cuba pada fanpage saya yang dah 300 likes, 1k likes, 3k likes even 13k likes. Semua boleh tukar nama. Pihak FB approve pun kejap je tak sampai 5 saat nama da bertukar dan da dapat notification untuk tukar username jika perlu.

Fenomena ini sangat menarik. Ini memberi peluang kepada mereka yang ada masalah dengan nama fanpage untuk buat pertukaran. Grab peluang ini sekarang sebab kita tak tahu sampai bila syarat ini dilonggarkan begini. Jangan takut untuk mencuba even though fanpage kita da beribu-ribu or berjuta likes. Just try kita tak rugi pun.

2 CARA UNTUK TUKAR NAMA FANPAGE

Ada dua cara iaitu manually di features Laptop/PC or melalui Page Manager di smartphone. Saya akan tunjukkan kedua-dua cara ini di bawah. Boleh rujuk ya

LAPTOP/PC

Langkah 1: Klik ruang ABOUT di timeline Fanpage

Langkah 1

Langkah 1

Langkah 2: Masuk Page Info > Klik edit Name

Tukar Nama Fanpage

Langkah 2

Langkah 3: Taip nama baru yang dikehendaki dan klik Save Changes

Langkah 3

Langkah 4: Anda akan terima notification seperti di bawah

Langkah 4

Pop-out notification setelah klik Save

Notification diterima di facebook personal

Notification diterima di facebook personal

Notification di Fanpage

Notification di Fanpage

Langkah 5: Refresh fanpage dan lihat jika nama telah ditukar.

Nama telah ditukar

Nama telah ditukar

Langkah 6: Ikuti langkah seterusnya tukar username mengikut panduan yang diberikan di notification pada Page Support Fanpage di bahagian Setting fanpage

Pertukaran diluluskan dan ikuti arahan seterusnya ie tukar username

Pertukaran diluluskan dan ikuti arahan seterusnya ie tukar username

SIAP!

Yang ni pula kalau nak tukar nama melalui Page Manager di smartphone. Caranya juga mudah sangat….

DI PAGE MANAGER SMARTPHONE

Langkah 1: Klik 3 titik atas kanan sekali dan klik Page Settings tanda bunga

Langkah 1

Langkah 1

Langkah 2: Klik Update Page Info

Langkah 2

Langkah 2

Langkah 3: Edit Name dan taip nama yang dikehendaki. Klik SAVE

Langkah 3

Langkah 3

Langkah 4: Notification pertukaran akan muncul seperti di bawah.

Langkah 4

Langkah 4

Langkah 5: Refresh fanpage dan lihat jika nama telah ditukar. SIAP!

SIAP!

SIAP!

itu 2 cara yang mudah untuk tukar nama fanpage buat masa ini. Da baca da faham kan? Jangan berlengah lagi. Buat segera jika anda da lama niat nak tukar nama fanpage anda. Grab peluang ni sebab kita tak pasti sampai bila ia dibenarkan.

Jika anda risau page anda da beribu berjuta likes boleh ke nak tukar? Don’t worry,trying is a worth action. Tak rugi kalo kita mencuba kan?

Sekian dari CikguShahirah.com. Selamat mencuba ^_^

CikguShahirah.com. Seorang surirumah sepenuh masa. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki. Menjalankan bisnes online sejak 2011 hingga kini. Sejak 2014 mula membantu golongan sohomums dalam fb marketing. Kini digelar Cikgu Shahirah - Trainer FB Startup Wanita.

Tagged with:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge