Di Sini Bermulanya Kembara Young Livingku


Segalanya berlaku tanpa perancang. Ya, kadang-kadang kita tak rancang tapi Allah yang bantu rancangkan yang terbaik buat kita. Kadang-kadang juga kita merancang tapi tak semua perancangan berlaku mengikut sepatutnya yang kita da rancang. Akhirnya Allah juga penentu segala.

Asal cerita nak mengaku ni huhu..saya tak tahu pun apa itu essential oil. Minyak pati biasa dengar. Tang lilin wangi-wangi tu je la. Tapi essential oil? Ehm terasa macam word alien jadinya.

Ku kenal Young Living lebih dekat melalui Kak Shida a.k.a Mak Minyak . Nama penuh beliau Norashida Abdul Rahman. Pertemuan pertama kali kami adalah di booth Seminar Kehamilan di Hospital Gleanegles, Ampang pada 5 & 6 Mac 2016.

Masa tu ku buka booth dengan Kak Nur (Owner Butik  About Umi & Baby) dan Roslina (Owner Little Munas). Dan Kak Shida pun ada join open booth Young Living dia. Yang ku kagumkan, dia mai sorang dia ja. Dalam hati masa tu, wah sorang je datang. Buat semua sendiri. Masa tu lah Kak Nur kenalkan ku dengan Kak Shida. Sebab Kak Shida ni da memang famous dengan kepakarannya dalam Babywearing & Breastfeeding. And dia da biasa buat kelas di butik Kak Nur. Cuma kami belum bertemu jodoh lagi. Dengar nama gitu-gitu je. Jumpa face to face tak pernah.

Maka di seminar inilah pertemuan kali pertama kami. Dan memang biasa bila booth ni, kita takda nak jadi kera sumbang sombong. Kita berkenalan dengan booth lain. Masa ni lah dapat kenal kak Shida dan kak Shida jelaskan tentang Young Living in detail.

Terpikat akhirnya dengan YL sebab suka cara kak Shida explain. Very detail & soft spoken. Jatuh hati dengan orangnya baru YL hehe. Kak Shida bagi saya try beberapa botol 1ml yang kecik je nak bagi rasa.

Maka my first YLEO is 1ml Peppermint, Lemon and Lavender. And she guide me how to use it properly. EO pertama yang menjadi tarikan is Peppermint. Almaklum seharian booth. Penat, pening pun da mai. Terus je titik peppermint di tapak tangan, gosok and hidu. First time hidu, tamak bebeno. Tarik nafas dalam-dalam terus tangkap kepala huhu. Bau peppermint ni kuat macam bau gegula mentos tu. Berangin tapi bestnya, hilang mengantuk. Wow amazing!

Terus jatuh cinta. Cop masa ni, jatuh cinta dulu dengan orangnya ie kak Shida. Know a bit about essential oil. Tapi tak tau EO ni ada banyak jenis aiyaaa. Pasni nak cerita pengalaman bezakan jenama EO ni. Saya ada senjata KPI saya sendiri yang akhirnya kekal setia dengan Young Living. Jumpa lagi part seterusnya!

Perlukan Consultation?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge