Apakah Essential Oil?

Sekarang ni da jadi trending orang suka gunakan Essential Oils. Terutama mereka yang pentingkan kehidupan bebas bahan kimia. Penggunaan essential oils kini menjadi perhatian terutamanya yang berkeluarga. Begitu juga kesedaran tentang jenama essential oil ini juga semakin tinggi.

SAYA MEMILIH MINYAK PATI YOUNG LIVING. ANDA BAGAIMANA?

Tapi apakah sebenarnya Essential Oil ni? Essential Oil adalah Pati Tumbuhan.

Essential dari perkataan essence adalah pati iaitu suatu zat yang pekat tapi mempunyai manfaat yang banyak dan penting untuk kehidupan seharian.

Oil pula adalah merujuk pada sifat yang kelihatan berminyak tapi sangat meruap. Ia diekstrak dari pelbagai bahagian tumbuhan seperti batang pokok, daun, bunga dan lain-lain.

Dan mudahnya Essential Oil ni, kita tak perlu makan, telan mahupun meminumnya untuk mendapat manfaat optimum. Dan saya pula jenis yang suka bauan dan urutan luaran sahaja. Jadi saya fikir ia sangat praktikal untuk digunakan. Hanya perlu sapu dan bau da memberi perbezaan.

Selalu jugak orang tanya, essential oils ni sama ke dengan minyak aromaterapi? Aromaterapi selalu digunakan di spa-spa kan? Yang guna lilin lepas tu bila dibakar, keluar bauan wangi-wangi. Sebenarnya ia benda yang sama cuma aromaterapi ni lebih kepada terapi bauan sahaja. Untuk bau harum, rasa tenang, rasa aman bila kita dikelilingi dengannya.

Tapi pernah tak rasa, bila bau je wangian aromaterapi, tetiba rasa pening, sakit kelapa, mual? Tak selesa kan? Itu tandanya wangian tersebut mengandungi bahan sintetik dalamnya. Majoriti wangian di pasaran adalah wangian sintetik. Ini sedia maklum sanagat berbahaya untuk tubuh kita dalam jangka masa panjang.

Berbezanya Essential Oil Young Living ni, ia adalah dari jenis minyak terapeutik grad tinggi. Bermaksud ia boleh menyerap ke dalam kulit tubuh dan dan bermanfaat untuk kesihatan fizikal, kesihatan emosi, kebersihan dan sekaligus kecantikan diri seseorang. Malah ia selamat dan bebas dari bahan kimia.

SUMBER MINYAK PATI

Seperti dimaklumkan awal tadi, minyak pati diekstrak dari pelbagai bahagian tumbuhan seperti batang pokok, daun, bunga dan lain-lain. Proses pengestrakan ini sangat rumit dan sangat berhati-hati, extra careful omputih kata. Sebab nak dapatkan yang betul-betul pati itu tidak mudah.

Dan setiap minyak pati ini adalah spesifik mengikut bahagian tumbuhan yang diesktrak.

Sebagai contoh:

  • Myrrh and Frankincense dari getah pokok
  • Lemon, Lime, Orange, Grapefruit and Bergamot dari hirisan kulit buah
  • Cinnamon dari kulit pokok
  • Eucalyptus dari daun pokok
  • Rose dari kelopak bunga rose

Dan setiap minyak pati ini juga berbeza dari kawasan di mana ia ditanam. Faktor tanah dan persekitaran memainkan peranan penting untuk mendapatkan minyak pati yang betul-betul asli.

Contohnya Lavender

Kita boleh tanam pokok lavender yang sama di Perancis di kebun kita tapi bezanya, kedua tumbuhan ini walaupun sama tapi ia berbeza dari segi sifatnya. Sifatnya tak sama sebab tanah, cuaca, altitud dan banyak faktor yang berbeza di dua tempat berbeza akan menghasilkan minyak pati yang berbeza dengan keunikan sifat tersendiri

Sebab tu bukan mudah nak hasilkan minyak pati yang berkualiti tinggi. Bukan semata untuk penggunaan komersil sahaja, tapi juga meliputi manfaat keseluruhan hidup kita dari segi kesihatan fizikal dan emosi, kebersihan dan kecantikan di ambil kira.

Jadi amatlah penting untuk kita memilih sumber minyak pati dari ladang yang mempunyai reputasi yang baik yang bebas GMOs, racun perosak dan bahan kimia lain.

BAGAIMANA MINYAK PATI DIHASILKAN

Sekarang kita faham bahawa kunci penghasilan minyak pati kualiti terapeutik tinggi adalah dengan memelihara sebanyak mungkin sumber halus dari minyak pati itu sendiri. Wow rumitnya! Tapi takpe, asalkan dapat kualiti terbaik itu yang kita nak kan?

Sesetengah minyak pati yang berkualiti rendah dihasilkan dari tumbuhan yang dibaja dengan racun perosak dan diekstrak menggunakan pelarut kimia. Ini BUKAN minyak yang kita nak gunakan untuk kita dan keluarga, Ingat ya!

Sebaiknya pilihlah yang asli, minyak pati gred terapeutik yang dihasilkan dari tumbuhan dan herba berkualiti tinggi yang bebas dari GMOs, racun perosak dan bahan kimia yang lain.

Menghasilkan minyak pati memang memerlukan banyak kerja yang rumit dan ada sesetenga kes, memerlukan bahan tumbuhan yang bertan-tan banyaknya hanya untuk menghasilkan sedikit amaun minyak pati.

Contohnya Rose.

Untuk hasilkan 1 oz minyak pati rose memerlukan 60,000 bunga rose. Wow! Jadi tak hairanlah minyak pati kualiti tinggi ni mahal, ye tak? Pernah tak terfikir nak beli 60,000 rose? Kalau nak hasilkan sendiri, fuhh banyak kerja tu. Belum masuk nak tanamnya lagi. Bunga rose kan rumit cara penjagaannya. Bukan mudah. Betul tak?

Itulah serba sedikit mengenai Essential Oils atau Minyak Pati. InsyaAllah next entry akan ceritakan tentang cara penghasilnya. Setakat mana susahnya tu, rumitnya tu. Saya akan update next entry ya. Terima kasih sudi membaca ^_^

Perlukan consultation?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge