Kenapa Ku Pilih Young Living?

Realiti diri, ku tak pernah ambil tahu pun tentang essential oil, minyak pati, aromaterapi atau segala yang berkaitan dan sewaktu dengannya sebelum bertemu dengan Kak Shida (boleh baca http://cikgushahirah.com/index.php/2017/04/26/di-sini-bermulanya-kembara-young-livingku-part-1/)

Yang ku tahu, ada sekali trend masa tu orang dok sibuk beli lilin aromaterapi. Sekarang da sangat mudah didapati di kedai-kedai serbaneka, kedai RM2. Lilin ni katanya untuk tenangkan minda. Itu lah Aroma (Bauan) Terapi (Tenang Minda). Ini yang ku fahami.

Post kali ni nak kongsi kenapa akhirnya ku pilih Young Living.

Jika kali pertama pertemuan dengan Kak Shida masa buka booth, kali ni jumpa lagi Kak Shida kali kedua di HEART HRDF Programme. Memula ada sesi Pengenalan Program kemudian Sesi Interview dan end up kami berada dalam kelas batch yang sama untuk Program Tahap 1 -Quantum Excellence Empowerment Programme disampaikan oleh Pn Fathiah Samsudin. Program tahap 1 ni wajib untuk semua peserta HEART HRDF.

Program Tahap 1 HEART HRDF

Sesampainya Kak Shida di meja di mana kami duduk bersama dalam 1 kumpulan, dia keluarkan beg magik dia. Ini dia…

 

Beg Magik Essential Oils Young Living

Ku sangat terpikat dengan warna warni kaler botol-botol ni. Dan immediately Kak Shida pelawa ku cuba bau. Amiklah bau katanya, kalau mengantuk nanti, amik Peppermint. And dia tunjukkan cara pakai. Titis 1 drop di tapak tangan, gosok rata dan bau. Kemudian sapu di leher, belakang tengkuk. Disebabkan da sedia maklum dengan Peppermint kegemaranku, ku cuba eo yang lain.

Lavender, Lemon, Rose, Thieves, Copaiba macam-macam ada. Sebab tu panggil ni beg Magik hehe. Jadi sepanjang 2 hari kelas ini berlangsung, kami ditemani dengan beg Magik eo Kak Shida. Dan satu yang ku perasan, bila bau eo ni, ku takda bersin dan gatal hidung. Sebabnya, ada pernah cuba jenis eo lain, bila bau je, bersin dan hidungku gatal merenyah.

Itu tandanya yang ku hidu ada bahan kimia sebab hidungku sangat sensitif dengan bauan kimia. Disebabkan inilah, ku tak boleh sebarangan bau wangian. Nak test kimia atau tidak, just bau dan tengok hidung gatal dan bersin atau tak. Kalo tak, then wangian tu adalah selamat untukku. Itu caranya bagaimana ku tapis bauan yang masuk dalam badan.

Walaupun ku belum pernah jumpa lagi jenama essential oil yang lain selain Young Living, pengalaman ini membuatkan ku semakin ingin tahu tentang Young Living. Di mana ia datang, berapa lama ia bertapak, bagaimana cara pemprosesannya. Ku dapatkan maklumat ini semua dari Kak Shida terus. Berbual dengannya di masa rehat kami semasa kelas.

Kemudian, di sinilah kembaraku bermula bersama Young Living. Yes no doubt at all. Kembara ini bermula bukan disebabkan ikutan orang, tapi disebabkan keserasian produk dengan diri sendiri dan keluarga. Mencari sumber-sumber informasi berkaitan dan mempelajari sendiri keseluruhan tentang Young Living Essential Oils.

InsyaAllah akan berusaha untuk sebarkan manfaat kebaikannya untuk semua. Kembaraku bersama Young Living kini bermula.

Bersama rakan semeja. Kak Shida yang tudung pink, my moyang YL

Sesi Penerimaan Sijil Penyertaan bersama pn Fathiah Samsudin

Kene berucap depan orang. The best experience ever!

Perlukan Consultation?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge